Friday, July 6, 2012

TIPS: menghilangkan tekanan & kemarahan

hye to all my dearest readers. .
ha, straight to the point ^^ mmandangkan Maiya skarang ne dalam mood. .
sedih, stress n marah2x Maiya nk shared 1 tips yg boleh kta follow sama2x k nk? jom. . 

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
 Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk 
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. 
Para pelajar pula, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji 
pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

Perbanyakkan membaca Al-Quran 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran
 walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas 
solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu. 

Perbanyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita 
sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, 
solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada 
 sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan 
dan kekuatan daripada Allah swt. 
* yg ni Maiya yakin b'jaya sbb smalam Maiya wat alhmdulillah tenang sikit hehe *

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. 
Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti
 luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. 
Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga 
pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
 * oke jugk la 60% bly p hehe *

Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan
 melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. 
Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. 
“Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu.

Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, 
maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang 
disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang
 disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 

Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”.
 Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu 
mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih 
pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. 
Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

sbnaqnya, Maiya saja cr tips ni n bila Maiya baca sngt2x b'guna wat Maiya. .
so, i decide nk shared la ngn koranggg semua. .
SHARING IS CARING
right? hehe that's mean Maiya caring la kn ngn koranggg hehe perasan jap. . 
kla GTG t Maiya blogging lg ekk? bye ((:





PEACE.LOVE.HARMONY

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...