Thursday, May 24, 2012

TIPS : belajar saat akhir

hye to all my dearest readers! 
today, Maiya nk share ngn korang semua satu tips pasai belajaq last minit ni, .
haha, yang tulis ne pon sma ja. . Maiya mmg xbly belajar awal2x. .
style Maiya kalau nak belajar mest last minit supaya Maiya faham. .
tapi bukan la last minit yang dh macam haprak tu! i mean 1 week before la macam tu. .
nak tahu apa tips nya? jom-jom. . 

Bertenang dan jangan cemas

xdaq faedah yang akan diperolehi sekiranya kita cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda adalah terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan anda diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.

Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran

Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. 
Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal 
seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, 
tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan
 diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik 
dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk 
semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan
 letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda 
yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda 
bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha 
bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang
 anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. 
Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

oke, bly xa follow? Maiya malas nak share bnyak2x coz tahu, korang mest xlarat,
nak baca panjang2x kn? Maiya rasa okay la ni kot asalkan membantu kn?
GOOD LUCK ((:




PEACE.LOVE.HARMONY

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...